Selamat Datang Ke Blog PMPM
PERSATUAN MASYARAKAT PAJINGGAHAN MALAYSIA
Masyarakat Didahulukan Kerukunan Diutamakan
UTAMA
PENGENALAN
PMPM
ORGANISASI
PHOTOGALERI
AKTIVITI
PAUTAN
ALQUR'AN
MUSTIKA HADITH
ARTIKEL
MEDIA PAJINGGAHAN
DAFTAR PERKAHWINAN JAIS
AKTIVITI PERSATUAN MASYARAKAT PAJINGGAHAN MALAYSIA
A
ssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian bersyukur kehadirat Allah swt kita semua masih dalam keadaan sihat walafiat, walaupun dalam kesibukan dengan tugasan harian kita, kita masih dapat meluangkan masa untuk sama berintraksi dalam aktiviti kemasyarakatan. Solawat dan salam marilah kita senantiasa lafazkan dengan seikhlasnya keribaan Junjungan kita penghulu alam Mohammad Rasulullah saw, semuga dengan
petunjuknya kita dapat meneruskan kehidupan yang diredoi oleh Allah swt.
Tuan/Puan yang dirahmati Allah swt, didalam bermasyarakat kita amat perlu dengan kesefahaman tentang perkara-perkara yang berkaitan ke
masyarakatan, agar permasalahan dapat diselesaikan dengan mudah. tampa kefahaman yang wujud dihati kita mungkin sesuatu perkara tidak dapat diselesaikan. kefahaman yang saya maksudkan disini ialah; apabila ada kepincangan didalam masyarakat kita, kita tidak seharusnya terus menekan individu berkenaan kerana kemungkinan mereka masih kekurangan imformasi tentang kemasyarakatan, jadi kita sebagai yang sinior (lama) perlu memberi peluang berfikir kepada mereka yang junior (baru) supaya perstuan yang kita bina akan mendapat sambutan baik bagi yang baru mengikuti dan yang belum mengikutinya.
Masyarakat perlu bekerjasama dalam mengendalikan waktu dan masa.
Bagi masyarakat yang ingin mengadakan majlis kenduri samaada majlis walimatulurus,cukur jambul dan sebagainya hendaklah berbuat demikian:
Masyarakat perlu bertanya terlebih dahulu kepihak AJK
Masyarakat perlu mengemukakan tarikh dan masa majlis
Masyarakat wajib menerima cadangan atau keizinan yang telah ditetapkan oleh pihak AJK
Masyarakat tidak boleh sesuka hati menetapkan tarikh dan masa sendiri
Dengan adanya perancangan seperti diatas kita dapat mengilakkan dari kepertembungan tarikh dan masa, supaya majlis yang akan diadakan berjalan dengan sempurnah dan masyarakat dapat menghadiri majlis denagn selesah.
Bagi masyarakat yang ingin mengadakan majlis yang telah dirasmikan tarikh dan masanya oleh pihak AJK boleh mengiklankan majlis anda diruangan buku tetamu di muka utama.